Ahmad Zahid Minta Peralihan Kuasa PBB Diselesaikan Secara Baik - Semasa | mStar

Ahmad Zahid Minta Peralihan Kuasa PBB Diselesaikan Secara Baik

KUALA LUMPUR: Jika benar desas-desus mengenai peralihan kuasa dalam Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta proses tersebut diselesaikan secara baik dalam kalangan pimpinan parti itu tanpa melibatkan orang luar.

Ahmad Zahid berkata beliau yakin Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menyerahkan kuasa secara baik berdasarkan kecekapan beliau menerajui negeri itu selama 32 tahun.

"Saya yakin beliau akan melakukan yang terbaik agar kesepaduan dan kerjasama dapat terus diperkukuhkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Malah beliau berkata, jika benar peralihan kuasa itu akan berlaku, persiapan rapi perlu dibuat oleh BN bagi terus memantapkan negeri itu.

"Saya yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan beliau dijangka dapat menyelesaikan kaedah serta pemerintahan di negeri Sarawak," katanya.

Ahmad Zahid berkata BN Pusat turut akan menyambut baik sesiapa saja yang diberikan mandat untuk menerajui parti itu nanti.

"Sesiapa saja yang diberikan mandat, tentunya kami di Kuala Lumour menerima baik dan berlapang dada serta berfikiran terbuka

"Dan tentulah persiapan- persiapan pilihan raya negeri yang akan berlaku kira- kira dua tahun setengah dari sekarang memerlukan kekuatan semula negeri Sarawak," katanya.

Difahamkan PBB pada Isnin menjadi tumpuan berikutan sumber dalam parti dan penganalisis percaya Presiden parti itu mungkin memberi laluan kepada pucuk pimpinan baru untuk menerajui parti tersebut.

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti itu akan diadakan menjelang Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali pada 18 hingga 20 Oktober ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia