suria

MTUC Dakwa Majikan Potong Kadar Gaji Pokok Pekerja

PETALING JAYA: Sesetengah majikan memotong kadar gaji pokok pekerja dan menampungnya dengan memasukkan elaun, komisyen dan bayaran lain untuk mencapai jumlah gaji pokok bulanan RM900 sebagaimana dikehendaki di bawah peraturan gaji baru.

Mendakwa demikian, naib presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam menggesa Kementerian Sumber Manusia meningkatkan penguatkuasaan demi menjamin pekerja tidak ditipu dengan apa cara pun.

Berkuatkuasa Januari tahun ini, gaji asas minimum di Semenanjung Malaysia ialah RM900.

Balasubramaniam menyatakan gaji asas ini tidak termasuk komisyen dan elaun-elaun lain sebagaimana menurut kontrak.

Mengenai harga barang, beliau berkata walaupun kenaikan harga tidak begitu tinggi selepas kenaikan harga petrol dan diesel, tetapi saiznya kini mengecil.

Tinjauan rambang MTUC misalnya menunjukkan walaupun harga "roti canai" dan "teh tarik" naik hanya 20 sen, tetapi saiznya jauh mengecil.

"Dulu cukup untuk mengambil sekeping roti canai dan segelas teh tarik, tetapi sekarang anda perlukan dua keping roti canai dan dua teh tarik," ujarnya. - BERNAMA

Artikel Lain