suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wisma Putra Gesa Rakyat Malaysia Tanpa Rancangan Penting Tangguh Perjalanan Ke Mesir

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sekali lagi menasihat warga Malaysia yang tidak mempunyai rancangan penting di Mesir supaya menangguh atau menjadual semula pelan perjalanan ke negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ini memandangkan keadaan keselamatan serta ketidaktentuan suasana politik di negara itu sekarang.

Kerajaan Mesir telah juga melanjutkan perintah darurat selama sebulan yang diisytiharkan pada 14 Ogos, ke dua bulan lagi berkuatkuasa 12 September, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah pihak berkuasa Mesir kini membuat opsyen keselamatan di beberapa kawasan iaitu Kirdasah di Kaherah; bandar Delga di wilayah Minya dan Wilayah Sinai Utara.

"Warga Malaysia kini di Mesir dinasihat mengelakkan kawasan-kawasan tersebut," ujar kenyataan tersebut.

Kementerian juga menasihatkan mereka menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat terkini.

Kedutaan terletak di 21 El Aanab Street, Mohandesseen, Giza dan boleh dihubungi di (202) 37610013/19/68/73 atau faks di (202) 37610216.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain