suria

Umno Perlu Pemimpin Bersuara Lantang Pertahan Parti - Bung

Bung Mokhtar hadir menyerahkan sendiri borang pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA
Bung Mokhtar hadir menyerahkan sendiri borang pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA
Bung Mokhtar hadir menyerahkan sendiri borang pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno memerlukan lebih ramai pemimpin yang bersuara lantang dan berani memberi teguran yang membina demi masa depan parti.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, sikap itu perlu ada selepas melihatkan pelbagai cubaan negatif dilakukan pembangkang untuk menjatuhkan parti.

"Saya lihat Umno memerlukan orang seperti saya, berani menegur mana - mana pihak termasuk pembangkang yang cuba menjatuhkan parti," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Bung menyerahkan borang tersebut kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.

Beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan kali ini.

Menurut Bung, Umno harus lebih kuat dan agresif untuk menangkis cubaan negatif daripada pembangkang.

"Saya akan cuba menidakkan harapan pihak lawan. Pada saya pembangkang bukanlah sebuah organisasi yang boleh menghancurkan masa depan Umno," katanya.

Beliau berkata Umno masih lagi diterima rakyat kerana kekuatan parti itu sendiri dan komitmen yang ditunjukkan pemimpin dalam menjayakan setiap program parti.

"Buktinya, ketiga-tiga calon di kawasan saya menang dengan bergaya pada pilihan raya umum yang lalu. Umno masih diterima di Sabah," katanya.

Ketika ditanya mengenai kelainan yang akan dibawanya untuk parti, Bung berkata; kelainan luar biasa tak ada tetapi saya jenis orang yang suka memberi teguran ikhlas kepada mana- mana pihak.

Artikel Lain