suria

90 Warga Myanmar Ditahan Di Bukit Batu Puteh

Sebahagian daripada 90 pendatang asing warga Myanmar yang berjaya ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba memasuki negara ini di kawasan persisir pantai berhampiran Bukit Batu Putih di Kangar. Kesemua mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. -fotoBERNAMA

KANGAR: Sebanyak 90 lelaki warga Myanmar yang memasuki negara ini secara haram, ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), selepas mendarat di pantai berhampiran Bukit Batu Puteh dekat sini Rabu.

Komander Kompani B Batalion 3 PGA, ASP Joe King Marian Anthony berkata mereka ditahan antara pukul 6.30 pagi dan 7 pagi dalam keadaan keletihan oleh sepasukan empat anggota PGA.

Ketika ditemui di Balai Polis Kuala Perlis pada Rabu beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan warga Myanmar yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu adalah antara 350 orang yang berlepas dari Myanmar dengan sebuah bot besar lebih dua minggu lalu.

Selepas 15 hari belayar, mereka mendarat di satu lokasi di Thailand dan dipecahkan mengikut kumpulan dengan setiap kumpulan antara 90 dan 100 orang.

Setelah berada di Thailand selama seminggu, Joe King berkata mereka dibawa menaiki bot menuju ke Malaysia dan kumpulan yang ditemui ini mendarat berhampiran Bukit Batu Puteh sebelum ditangkap PGA.

Mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain