Kerajaan Peruntuk RM 160 Bilion Bagi Industri Keretapi Menjelang 2020 - Semasa | mStar

Kerajaan Peruntuk RM 160 Bilion Bagi Industri Keretapi Menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM 160 bilion bagi meningkatkan keberkesanan industri rel keretapi di negara ini menjelang 2020, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata aplikasi infrastruktur pintar dalam industri rel boleh membawa perubahan dengan mengurangkan kos dan meningkatkan tahap keselamatan serta kebergantungan pada industri pengangkutan awam masa yang sama.

"Aspek yang paling kritikal adalah melibatkan latihan sejumlah tenaga mahir yang mengkhusus dalam industri keretapi agar merekq dapat memenuhi jadual pembinaan operasi yang ditetapkan.

"Industri rel memerlukan pekerja mahir untuk pembinaan trek, kemudahan dan infrastruktur lain bagi penyelidikan dan pembangunan serta produktiviti komunikasi, " katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Industri Keretapi Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Selasa.

Beliau berkata, peruntukan RM160 bilion itu melibatkan projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam fokus untuk meningkatkan prasarana pengangkutan awam.

"Sejak 1990, kerajaan telahpun membelanjakan RM50 bilion dalam projek berkaitan landasan keretapi dan menjangkakan kenaikan perbelanjaan RM160 bilion lagi menjelang tahun 2020," katanya.

Antaranya Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura yang merangkumi laluan sepanjang 330 kilometer dan Projek Transit Aliran Massa (MRT).

"Ini sehubungan dengan kejayaan negara menarik minat pembuat keretapi terbesar China, Kumpulan Keretapi China Selatan untuk membina pusat Rel ASEAN di Batu Gajah, Perak.

"Fasa pertama projek berkenaan yang bernilai RM400 bilion," katanya.

Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain