suria

Norsabrina Bawa Jenama Sendiri Tanding Naib Ketua Puteri Umno

ALOR SETAR: Exco Pergerakan Puteri Umno, Norsabrina Mohd Noor berkata keputusannya bertanding jawatan Naib Ketua Puteri Umno tidak dipengaruhi pemimpin lain sayap itu, sebaliknya membawa jenama sendiri.

Katanya beliau tidak meletakkan sesiapa yang akan menjadi Ketua Puteri dan barisan jawatankuasa yang lain dan hanya membawa agenda tersendiri untuk "membawa perubahan" kepada parti.

"Saya bawa jenama dan diri saya sendiri, biar ahli Puteri yang nilai sendiri...ada tiga calon (untuk naib ketua) dan saya mohon sokongan daripada semua cawangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Selasa.

Norsabrina berkata dengan pengalaman sebagai Ketua Puteri Umno bahagian dan Exco Puteri, beliau yakin mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai naib ketua Puteri.

Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusof akan melepaskan jawatannya pada pemilihan parti kali ini kerana sudah mencapai had umur 40 tahun. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain