Kalimah Allah: Keputusan Rayuan Dijangka Umum Oktober - Semasa | mStar

Kalimah Allah: Keputusan Rayuan Dijangka Umum Oktober

Orang ramai berhimpun di hadapan Kompleks Istana Kehakiman ketika Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa mendengar rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald.
-fotoBERNAMA
Orang ramai berhimpun di hadapan Kompleks Istana Kehakiman ketika Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa mendengar rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Panel Ketua Hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membayangkan keputusan rayuan itu akan diumumkan Oktober ini.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah' adalah salah, batal dan tidak sah.

Kerajaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 8 Julai, Gereja katolik itu, kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Antara lain mereka memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald adalah tidak sah.

Kontroversi tercetus apabila akhbar mingguan yang diterbitkan dalam empat bahasa itu, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'God' dalam The Herald terbitan bahasa Melayu terutamanya bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain