Kertas Siasatan Nahas Genting Highlands Siap 90 Peratus - Semasa | mStar

Kertas Siasatan Nahas Genting Highlands Siap 90 Peratus

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung nahas membabitkan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos lepas, kini siap 90 peratus.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata kertas siasatan itu akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat.

"Siasatan pada masa ini hanya memerlukan maklumat daripada agensi-agensi dan pakar terlibat untuk memahami punca sebenar kemalangan," katanya kepada pemberita semasa Ops Laju dan Pelbagai di Kilometer 453 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Sungai Buloh di sini, awal pagi Jumaat.

Beliau berkata kertas siasatan mengambil masa untuk disiapkan berikutan terdapat beberapa elemen penting perlu dititikberatkan daripada agensi terbabit.

"Sebagai contoh, dalam siasatan yang bersangkut dengan penumpang warga asing, kita mungkin ada maklumat tambahan mengenai latar belakangnya dan ini menyebabkan kertas siasatan sukar untuk disiapkan segara," katanya.

Dalam nahas itu, bas terbabit terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Jalan Genting Highlands ketika menuruni puncak pusat pelancongan itu mengakibatkan 37 orang termasuk pemandu maut manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain