Kerajaan Terus Beri Peluang Tingkatkan Kedudukan Wanita - PM - Semasa | mStar

Kerajaan Terus Beri Peluang Tingkatkan Kedudukan Wanita - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) meletakkan Logo Hari Wanita sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Wanita 2013 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Ahad. Turut kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga, kiri) dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim (kiri). - fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) meletakkan Logo Hari Wanita sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Wanita 2013 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Ahad. Turut kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga, kiri) dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim (kiri). - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi peluang kepada wanita agar kedudukan golongan itu dalam pembangunan dan transformasi negara dapat dipertingkat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana wanita berupaya menjalankan tugas dan menggalas amanah yang diberikan dengan baik, sama ada di dalam kerajaan mahupun dalam keluarga.

"Tidak ada masalah dari segi kerajaan untuk terus memberi peluang kepada wanita...bila kita bagi jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan, pentadbiran, umumnya wanita telah membuktikan kemampuan mereka," katanya ketika berucap melancarkan sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datuk Azizah Mohd Dun serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata sejajar degan tema sambutan Hari Wanita tahun ini iaitu 'Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera', wanita perlu dihormati dan dilayani dengan baik walau di mana sahaja mereka berada baik di rumah, pejabat hatta di dalam lif sekalipun.

"Wanita ni ada keinginannya, tetapi mereka segan nak sebut, jadi kita kena beri pertimbangan berdasarkan kepada keadaan semula jadi wanita ini dan saya kira wanita ini yang diutamakan ialah respek, jadi kita kena beri peluang kepada wanita," katanya.

Beliau berkata selain hormat terhadap wanita, perlu juga ada sikap saling memahami iaitu lelaki perlu memahami kehendak wanita begitu juga sebaliknya untuk memastikan sesebuah masyarakat atau keluarga kekal sejahtera.

Najib berkata kerajaan juga berharap agar semua pihak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan untuk keperluan kaum wanita kerana tidak dinafikan wanita melakukan pelbagai tugasan ataupun 'multi-tasking'.

"Jadi, kalau kita memahami dan respek kehendak wanita, kita boleh menyesuaikan tempat kerja itu memenuhi keperluan wanita yang terpaksa mengamalkan multi tasking, antaranya menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, melaksanakan 'flexi hours' dan membenarkan bekerja dari rumah," katanya.

Perdana menteri berkata menerusi pelbagai langkah signifikan yang telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan, beliau mahu golongan wanita percaya bahawa kedudukan kaum itu di negara ini sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan.

Sementara itu, Rohani dalam ucapannya berkata tema sambutan kali ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat termasuk golongan lelaki, mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang sensitif gender dan bebas daripada segala bentuk diskriminasi dan keganasan.

"Selain itu, tema ini dipilih untuk mengingatkan semua bahawa mesej respek wanita ini bukan hanya ditujukan khas kepada kaum lelaki dalam konteks keganasan, penghormatan terhadap wanita perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu wanita juga perlu menghormati diri mereka sendiri dan wanita lain.

"Wanita perlu mempunyai solidariti yang kukuh, kesatuan wanita yang kukuh boleh membantu memperkasakan wanita dalam masyarakat," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan anugerah Pengiktirafan Respek Wanita kepada beberapa individu daripada pelbagai kategori sebagai ikon di dalam usaha, dedikasi dan komitmen mereka dalam membanteras keganasan terhadap wanita.

Antaranya Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah, penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain