MB, KM Tidak Disekat Tanding Jawatan MT Umno - Tengku Adnan - Semasa | mStar

MB, KM Tidak Disekat Tanding Jawatan MT Umno - Tengku Adnan

DENGKIL: Setiauasaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak menyekat menteri besar dan ketua menteri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau berkata sebagai parti yang mengutamakan demokrasi, Umno membenarkan ahlinya bertanding bagi mana-mana jawatan, tanpa sebarang sekatan.

"Ia terserah kepada individu masing-masing, kita tak boleh menyekat. Tetapi maklum balas yang kita terima daripada semua bahagian adalah, mereka tidak mahu pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Tengku Adnan yang Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub agar menteri besar dan ketua menteri tidak bertanding jawatan MT kerana mereka lebih diperlukan di peringkat negeri.

Menurut Mustapha, menteri besar dan ketua menteri sepatutnya menumpukan usaha memperkukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri masing-masing bagi memastikan kerajaan BN dikekalkan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata 40 peratus daripada 20,000 cawangan Umno di seluruh negara telah menjalankan mesyuarat tahunan dan sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan di ibu pejabat Umno untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit.

Terdahulu beliau menghadiri Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56, Hari Keluarga dan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Audit Negara di Paya Indah Wetlands, di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mekanik Maut Diseret Treler 300 Meter

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp