Kerajaan Ambil Alih Operasi AES - Hishammuddin - Semasa | mStar

Kerajaan Ambil Alih Operasi AES - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali sedia ada.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses pengambilalihan itu akan dibuat menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Sebelum ini dua syarikat iaitu Redflex Traffic Systems Pty Ltd yang diwakili Beta Tegap Sdn Bhd dan ROBOT Visual Systems yang diwakili ATES Sdn Bhd dianugerahkan tender pembekal perkhidmatan AES.

Dua syarikat ini adalah senarai pendek daripada sembilan syarikat yang menyertai tender terbuka yang dibuat pada 2007.

Sehubungan itu menuurut Hishammuddin, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukan hala tuju dan peluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi.

"Selain itu Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memutuskan bahawa AES akan diselaraskan dengan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

"Melalui penyelarasan ini membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan di sini, Selasa.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan itu akan mengkaji dan meminda modul yang digunapakai sebelum ini iaitu melibatkan 'perkongsian hasil' agar pelaksanaan AES lebih telus dan adil kepada semua pihak.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain