Kes Tiga Atlet Sukma Rogol Pegawai Pengiring Disebut Semula 20 September - Semasa | mStar

Kes Tiga Atlet Sukma Rogol Pegawai Pengiring Disebut Semula 20 September

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, bulan lepas.

Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan forensik, perubatan, dan kimia berhubung kes itu.

Pada 11 Julai lepas, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.

Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain