suria

Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno Umum Pertahan Jawatan

KUANTAN: Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Umno Oktober depan.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Tetap Pemuda Umno Bahagian Cameron Highlands berkata beliau mahu mengisi jawatan itu untuk penggal ketiga berturut-turut.

Beliau mula menyandang jawatan pengerusi tetap berkenaan pada 2004, mengantikan Datuk Mohd Khalid Mohd Yunus yang telah memegang jawatan itu selama 22 tahun.

"Saya baru pegang dua penggal selaku pengerusi tetap dan menawarkan diri untuk penggal berikutnya. "Ini kerana saya kira rekod tidak ada masalah selama saya menyandang jawatan itu selain untuk memberi sumbangan kepada pegerakan Pemuda," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Dalam pada itu beliau turut menjangkakan ramai calon yang akan menawarkan diri untuk bertanding dan menerimanya secara terbuka dalam menentukan gerak kerja secara demokrasi.

Abdul Fattah yang pernah memegang jawatan exco Pemuda Umno dari 1996 hingga 2000 turut meminta sokongan diberikan kepada anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bagi meneruskan kepimpinan sebagai Ketua Pemuda Umno. -BERNAMA

Artikel Lain