suria

Pengerusi MyWatch Sanjeevan Dibedah, Ayah Mahu Polis Jempol Tidak Campur Tangan

PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan kini berada di bilik bedah Hospital Serdang bagi mengeluarkan peluru yang tersangkut dalam tulang rusuknya akibat terkena tembakan di Bahau pada 27 Julai lalu.

Ayahnya, P. Ramakrishnan mengesahkan kepada The Star bahawa prosedur berkenaan akan disertai dengan beberapa komplikasi.

"Saya diberitahu oleh doktor ada darah beku dalam jantungnya. Mereka masih cuba membuang peluru berkenaan.

"Apa jua keputusannya, saya bersedia menghadapinya," katanya.

Bagaimanapun, Ramakrishnan, berkata pembedahan masih lagi berjalan dan telah diganggu dengan kehadiran pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Jempol.

Beliau berkata pegawai berkenaan berkeras mahu berada dalam bilik bedah untuk mereka mendapatkan peluru berkenaan bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Ramakrishnan membuat laporan polis di balai polis Jalan Travers di Kuala Lumpur, meminta polis Seremban tidak campur tangan dalam siasatan kes cubaan membunuh anaknya.

"Namun apabila mereka datang ke sini untuk timbulkan kekacauan," dakwa Ramakrishnan.

Artikel Lain