Anggota Keselamatan Cedera Ditembak Ketika Melakukan Rondaan Di Sempadan - Semasa | mStar

Anggota Keselamatan Cedera Ditembak Ketika Melakukan Rondaan Di Sempadan

Seorang anggota tentera dibawa masuk ke wad selepas dirawat di unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat Kangar, Sabtu. Mangsa terkena tembakan ketika bertugas mengawal kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Pos N9 Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu. Mangsa yang berpangkalan di Markas II Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Ara II Pulau Pinang, berasal di Gua Musang, Kelantan. Mangsa terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan,satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang. -fotoBERNAMA
Seorang anggota tentera dibawa masuk ke wad selepas dirawat di unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat Kangar, Sabtu. Mangsa terkena tembakan ketika bertugas mengawal kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Pos N9 Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu. Mangsa yang berpangkalan di Markas II Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Ara II Pulau Pinang, berasal di Gua Musang, Kelantan. Mangsa terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan,satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang. -fotoBERNAMA

BUKIT KAYU HITAM: Seorang anggota tentera cedera selepas ditembak di bahagian belakang oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampiran sempadan keselamatan Malaysia-Thailand kira-kira 50km dari Alor Star.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi Sabtu berhampiran pagar yang memisahkan kedua-dua negara jiran.

Anggota tentera yang cedera telah dikenal pasti sebagai Mohd Azam Rudin Azizan, 26, dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-2 yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Beliau bertugas membuat rondaan dengan anggota rejimen lain dengan motosikal di sempadan.

The Star difahamkan, beliau dan rakannya mendapati laluan berpagar di kawasan tersebut telah diceroboh dan selepas Mohd Azam bergerak ke hadapan daripada membaiki pagar yang rosak beliau ditembak dari belakang.

Beliau mengalami tiga luka akibat tembakan di belakang dan dikejarkan ke Hospital Kangar pada pukul 6.00 pagi untuk rawatan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan mengenai kejadian itu. "Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Mohd Nashir yang enggan mengulas lanjut kerana "sebab-sebab keselamatan".

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain