Anak Hussain Najadi Yakin Polis Dapat Selesai Kes Pembunuhan Bapanya - Semasa | mStar

Anak Hussain Najadi Yakin Polis Dapat Selesai Kes Pembunuhan Bapanya

KUALA LUMPUR: Anak kepada Hussain Ahmad Najadi, pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian yakin polis Malaysia dapat menyelesaikan kes pembunuhan bapanya.

Pascal Najadi, 45, berkata beliau telah menerima panggilan dari pegawai tinggi polis yang memaklumkan kepadanya tentang perkembangan mutakhir kes tersebut.

"Saya gembira mendengarnya. Pegawai itu memberitahu secara terperinci yang mereka telah meningkat usaha untuk menangkap pembunuh tersebut termasuk bekerjasama dengan syarikat teksi, tetapi saya tidak boleh memberitahunya lebih lanjut," katanya kepada Bernama dari Moscow, Rusia menerusi telefon.

Isnin lalu Hussain, 75, ditembak mati sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat oleh pembunuh upahan, semasa berjalan ke arah kereta mereka selepas satu perbicangan mengenai hartanah di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

Pascal yang memiliki kerakyatan Swiss dan British sebelum ini dilapor sebagai mendakwa pembunuhan bapanya telah dirancang terlebih awal dan tiada rundingan hartanh yang dilakukan.

Beliau turut kesal dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang menuduh beliau sebagi tidak mahu bekerjasama dengan polis.

Beliau berkata perkara itu tidak benar. Beliau berkata beliau sanggup bekerjasama tetapi tidak dapat datang ke Malaysia kerana bimbangkan keselamatannya.

"Saya suka Malaysia. Saya telah datang ke negara ini beberapa kali sejak 1972 untuk menghabiskan cuti sekolah saya dengan bapa saya di Ampang Hilir. Tetapi saya tidak dapat datang ke negara ini (sekarang) kerana takut keselamatan saya," katanya.

Pascal meminta polis berhubung dengan kedutaan Malaysia di Moscow sekiranya memerlukan maklumat darinya.

Polis boleh menghubungi beliau menerusi syarikatnya atau telefonnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain