suria

Lelaki Ditahan, 17 Kes Ragut Di Butterworth Selesai - Polis

BUTTERWORTH: Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes ragut dan lima kes samun di sekitar Mak Mandin dan Teluk Air Tawar, di sini selepas menahan seorang lelaki 24 Julai lepas.

Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sini hasil maklumat awam dan risikan polis.

"Pemeriksaan polis di dalam bilik lelaki yang mempunyai dua anak kecil itu menemui sebuah beg mengandungi satu beg duit, kad pengenalan seorang wanita, lesen memandu, kad juruwang automatik (ATM), telefon bimbit, kunci dan beberapa kad keahlian pasar raya dan pusat pelancongan.

"Kami turut menemui satu beg duit dan di dalamnya mengandungi dua kad pengenalan wanita, buku simpanan bank, kad debit, lesen memandu dan beberapa kad keahlian syarikat jualan langsung," katanya kepada pemberita di sini malam Khamis.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kad pengenalan wanita yang ditemui di rumah itu ialah 17 keping.

Mazlan berkata lelaki yang mempunyai beberapa rekod jenayah itu direman sehingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain