suria

Dua Lelaki Didakwa Edar 1.9kg Dadah

PETALING JAYA: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan mengedar 1.935kg dadah methamphetamine, bulan lepas.

Yeo Chian Huat, 27, seorang juruteknik pendingin hawa dan Lee Chee How, 32, seorang penjual ikan, didakwa melakukan kesalahan itu di A-12-7 Block A Tasik Timur, Seksyen 3, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, pada 3.50 pagi pada 29 Jun lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos sebagai tarikh sebutan semula. - BERNAMA

Artikel Lain