suria

Kes Ragut: MPPP Gantung Tugas Pekerjanya

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menggantung tugas seorang kakitangannya yang ditangkap kerana meragut beg tangan seorang pelancong.

Setiausaha MPPP, Ang Aing Thye berkata, pekerja tersebut masih dalam tempoh percubaan.

"Dia masih lagi berada dalam tahanan lokap sehingga siasatan dijalankan.

"Kami akan menggantung tugasnya dengan setengah bulan gaji sebaik saja mahkamah menghantar surat mengenai dakwaan terhadapnya.

"Tindakan susulan akan diambil apabila dia didapati bersalah," katanya pada Khamis.

Suspek berusia 31 tahun itu ditangkap apabila dia cuba meragut beg tangan seorang wanita warga China, Dai Qi, 40, yang berada di Love Lane di sini, malam Selasa.

Artikel Lain