suria

Jerebu: 40 Kawasan Catat IPU Baik, 12 Sederhana

KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 kawasan di seluruh negara pada Ahad mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik manakala 12 kawasan merekodkan bacaan sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 7 malam ini, antara kawasan yang berada di paras baik ialah Muar, Johor dengan bacaan 43, Seri Manjung Perak (45), Kuala Selangor (47), Shah Alam Selangor (41) dan Cheras Kuala Lumpur (48).

Kawasan yang merekod bacaan sederhana pula adalah Kota Tinggi (67), Larkin Lama (58) dan Pasir Gudang (60) di Johor; Bandaraya Melaka (59), Bukit Rambai (75), Nilai (58), Port Dickson (63) dan Seremban (61) di Negeri Sembilan.

Kawasan lain ialah Banting (74), Pelabuhan Klang (55) di Selangor; Kuala Terengganu (51) dan Putrajaya (54).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain