suria

Pembangkang Ketepi Hal Politik, Utamakan Isu Jerebu Di Parlimen Pada Isnin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan mengetepikan politiking dan menjadikan keadaan jerebu yang semakin buruk sebagai keutamaannya apabila Parlimen mula bersidang pada Isnin.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad berkata, jerebu merupakan kebimbangan utama bagi semua rakyat Malaysia, maka Pakatan akan menjadikannya sebagai satu keutamaan.

Walaupun menafikan keadaan jerebu menyebabkan perhimpunan Black 505 melibatkan jumlah peserta yang lebih rendah, Anwar mengakui bahawa mereka yang berumur mempunyai penyakit pernafasan kronik, dan kanak-kanak diminta untuk meninggalkan acara itu lebih awal pada pukul 4 petang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut berada pada acara itu juga menyatakan mengenai kebimbangan tersebut, sambil mengatakan bahawa tiada perkara lain yang mustahak selain menangani isu jerebu, yang mana ia adalah suatu kecemasan.

Keadaan jerebu yang bertambah buruk di beberapa bandar utama di negara ini pada hujung minggu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 bagi paras berbahaya.

Artikel Lain