suria

Indeks Pencemaran Udara Di Selangor Sederhana

SHAH ALAM: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri Selangor secara keseluruhannya berada pada paras sederhana (51-100) setakat ini, kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Siti Zaleha Ibrahim.

Beliau berkata IPU di Banting mencatat bacaan 91, Kuala Selangor (67), Pelabuhan Klang (70), Petaling Jaya (67) dan Shah Alam (69).

"Setakat ini, IPU di Selangor mencatatkan bacaan pencemaran sederhana dan tidak berbahaya.

"Namun pemantauan berterusan akan dijalankan sehingga IPU mencatatkan bacaan sihat, terutama di Pelabuhan Klang yang berdekatan dengan Sumatera," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Johor dan Melaka.

Dalam pada itu, Siti Zaleha berkata JAS akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan larangan pembakaran terbuka.

Artikel Lain