suria

Polis Marin Rampas 2,660 Bungkus Rokok Seludup

SANDAKAN: Polis Marin merampas 2,660 bungkus rokok dalam operasi di tepi pantai Bandar Ramai-ramai dekat sini Selasa.

Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Sandakan Insp Sri Vikneswaran Renganathan berkata anggaran nilai rampasan termasuk nilai rokok, duti import, duti eksais dan duti jualan ialah RM41,336. "Kesemua rokok itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini," katanya.

Beliau berkata pemantauan polis marin di kawasan itu pada pukul 10.30 pagi berjaya mengesan beberapa lelaki sedang melakukan pemunggahan rokok, tetapi kumpulan lelaki itu melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan polis. -BERNAMA

Artikel Lain