Jenazah Pendaki Malaysia Dijangka Dibawa Pulang Ke Malaysia Hari Ini - Semasa | mStar

Jenazah Pendaki Malaysia Dijangka Dibawa Pulang Ke Malaysia Hari Ini

Mohamad Shahrulnizam.
Mohamad Shahrulnizam.

PUTRAJAYA: Jenazah penolong jurutera Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di Kathmandu, Nepal dijangka diterbangkan ke Malaysia, Khamis.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat berkata, jenazah Allahyarham berjaya dibawa ke Lukla pukul 3 petang Selasa (5.15 petang waktu Malaysia) namun tidak dapat diterbangkan ke Kathmandu berikutan cuaca yang berkabus serta batasan pergerakan trafik udara berikutan kedudukan di lereng gunung.

"Penghantaran pulang jenazah Allahyarham dijangka dapat dilaksanakan esok (Khamis) sekiranya jenazah selamat sampai di Kathamandu hari ini.

"Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan menggunakan penerbangan alternatif sekiranya usaha untuk menghantar jenazah menggunakan MAS yang dijadualkan pada 12.20 tengah hari esoknya tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Zaharah berkata, kesemua 13 peserta ekspedisi lain kini dilapor berada di laluan turun di kawasan Dingboche (berhampiran Periche).

Mohamad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS).

Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.

Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia