suria

Kerja Naik Taraf Loji Rawatan Air Sungai Dua Tidak Akan Jejas Bekalan - PBAPP

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan memastikan bekalan air kepada pengguna tidak terjejas susulan kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Dua di Seberang Perai pada Sabtu ini.

Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata pada hari berkenaan, operasi dua modul rawatan air di loji itu akan ditutup dari pukul 11 malam sehingga 5 pagi Jumaat untuk tujuan tersebut.

"Sebagai persediaan, semua loji rawatan air di negeri ini akan mengeluarkan lebih banyak air terawat manakala takungan air terawat utama di seluruh negeri akan dipenuhkan sehingga kapasiti maksimum sebelum kerja menaik taraf dilaksana," katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Pengguna yang menghadapi masalah bekalan air boleh menghubungi pusat panggilan PBAPP yang beroperasi 24 jam di talian 04-5096509, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain