BN Perlu Gabung Jadi Satu Parti Berbilang Kaum – Chang Ko Youn - Semasa | mStar

BN Perlu Gabung Jadi Satu Parti Berbilang Kaum – Chang Ko Youn

Chang Ko Youn. Foto P.NATHAN / THE STAR
Chang Ko Youn. Foto P.NATHAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) seharusnya bergabung dalam satu parti berbilang kaum atau akan berhadapan dengan risiko dalam tempoh lima tahun akan datang, kata pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Chang berkata, BN perlu mengubah pendekatannya dengan menarik perhatian pengundi muda dan bandar dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Dalam pilihan raya, kita melihat pengundi bandar mengundi calon-calon berbeza kaum seperti pengundi Cina mengundi calon-calon PAS.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak kawasan luar bandar akan dimodenkan.

“Parti berdasarkan kaum sudah ketinggalan. Ia merupakan perkara yang lepas.

“Barisan sepatutnya menjadi sebuah parti yang tunggal,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Artikel Berikut

Buruh Ditahan Simpan Senapang Angin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain