suria

Polis Tahan 13 Warga Afghanistan Cuba Seludup Keluar Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 warga Afghanistan dalam serbuan penyeludupan migran di kawasan belukar berhampiran Restoran Makanan Laut Asam Batu Jalan Klang, Port Dickson.

Menurut sumber Bukit Aman, ketika ditahan, warga Afghanistan itu, yang terdiri daripada 10 lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, sedang bersembunyi di kawasan berkenaan untuk menyeludup keluar dari Malaysia menggunakan jalan laut.

Turut dirampas lapan keping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), satu pasport dan lapan telefon bimbit.

"Makluman tangkapan warganegara tersebut telah dimaklumkan kepada Interpol Afghanistan dan Kedutaan Afghanistan," katanya kepada Bernama melalui khidmat pesanan ringkas.

Mereka kini ditahan reman sehingga 22 Mei ini dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyedudupan Migran 2007. -BERNAMA

Artikel Lain