suria

BN Menang 60 Daripada 85 Kerusi Parlimen Sehingga 11.30 Malam

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memenangi 60 daripada 85 kerusi Parlimen yang diumumkan sehingga 11.30 malam ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahad.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya BN memenangi 25 kerusi di Sarawak, tujuh di Johor, enam di Pahang, lima di Perak, empat di Sabah, masing-masing tiga di Kedah dan Terengganu, masing-masing dua di Kelantan dan Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Putrajaya, Labuan dan Melaka.

DAP memenangi 17 kerusi Parlimen, masing-msing lima di Pulau Pinang dan Sarawak, empat di Perak dan tiga di Kuala Lumpur.

PKR pula menang empat kerusi Parlimen, masing-masing satu di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.

Sementara itu, PAS menang tiga kerusi Parlimen iaitu dua di Perak dan satu kerusi di Kedah.-BERNAMA

Artikel Lain