suria

PM Bersarapan Dengan Masyarakat Kepala Batas

RAMAI ... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan penduduk setempat pada Majlis Sarapan Bersama Rakyat di Pekan Kepala Batas pada Selasa-Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Dalam memenuhi jadual ketat lawatannya ke Kedah hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat bersarapan dengan masyarakat di Kepala Batas di sebuah medan selera sebaik tiba di sini.

Perdana menteri ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anaknya Norashman dan Nooriyana Najwa.

Turut hadir bersarapan bersama beliau ialah Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas tani yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom serta isteri Datin Maziah Mohd Hashim.

Sajian sarapan orang Utara dihidangkan kepada mereka seperti pulut mempelam harumanis, ubi kayu rebus cicah kelapa parut, capati dan susu kerbau.

Najib meluangkan masa sebentar beramah mesra dengan kira-kira 2,000 orang yang hadir sebelum ke Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Alor Setar untuk menghadiri satu program lawatan sebelum ke Kupang, Baling pula. -BERNAMA

Artikel Lain