suria

Pakatan Pembangkang Akan Berpecah - PM

SHAH ALAM: Saingan untuk merampas negeri Selangor semakin hangat, dan lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri itu turut menarik perhatian hingga menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak keruan dengan situasi berkenaan.

Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata hubungan pakatan pembangkang yang sangat rapuh menyebabkan mereka akan berpecah tidak lama lagi.

"Mereka turut bertanding sesama sendiri di tujuh kawasan. Hubungan mereka tidak akan kekal lama," katanya ketika melawat Taman Sri Muda di sini pada Selasa.

Dalama lawatannya sebelum mengadakan tinjauan mesra, Najib berkata sentimen di peringkat akar umbi menunjukkan mereka memberi sokongan yang padu kepada BN.

Beliau menambah pengundi tahu masalah yang timbul apabila kerajaan pusat dan kerajaan negeri daripada parti yang berlawanan.

"Satu masalah (di Selangor) ialah isu air yang masih belum selesai," kata Najib.

Kerajaan Pakatan Rakyat lebih memfokuskan kepada usaha pengambilalihan konsesi air bagi memastikan mereka dapat memberikan bekalan air yang mencukupi.

Beliau berkata matlamat utama untuk mengembalikan Selangor ke pangkuan BN adalah bagi membolehkan kerajaan meneruskan program transformasi untuk rakyat di negeri itu.

Justeru beliau menyeru penduduk di Parlimen Kota Raja mengundi BN.

Najib berkata calon BN bagi kerusi berkenaan, Datuk S.Murugesan memberi jaminan pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduk.

"BN sangat serius dalam membuat janji kepada rakyat dan kami akan memastikan ia dapat dilaksanakan," katanya sambil menambah ada pemimpin yang membuat janji tapi gagal melaksanakannya sepatutnya dikenakan tindakan yang sewajarnya.

"Beri kita mandat yang besar dan kita janjii akan bawa perubahan di Selangor," kata Najib sebelum melawat masjid Al –Falah dan bertemu dengan pengundi di Plaza Sri Muda.

Di Taman Greenwood Gombak, Najib berkata janji yang dibuat oleh BN adalah realistic dan boleh dilaksanakan.

"Kami mengambil masa untuk membuat kajian sebulan membuat sebarang janji," katanya. Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan BN mendapat mandat yang lebih besar bagi mengekalkan momentum pembangunan.

Beliau menegaskan adalah penting bagi Selangor bersama-sama dengan kerajaan pusat dalam memastikan pembangunan negeri itu terus berkembang.

Artikel Lain