suria

Bekas YDP Melaka Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, di sini malam Sabtu.

Allahyarham, 95, yang juga Orang Besar Empat Perak itu, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan sakit tua, menurut anaknya, Syed Hassan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 12 tengah hari Ahad.

Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Halimah Md Noh, 88, dan 10 orang anak serta lebih 30 cucu dan cicit.

Syed Hassan ketika dihubungi Bernama berkata Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya sejak 10 hari lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka (1975 hingga 1984), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ((1974), Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland (1975), dan Pro-Canselor Universiti Malaya ke-3 (1987). - BERNAMA

Artikel Lain