suria

DAP: Jam 5 Petang Penentu Penggunaan Logo PAS & PKR

PETALING JAYA: Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi tempoh masa yang diberikan oleh DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik surat yang tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat parti itu sebelum memutuskan mengguna logo PAS dalam pilihan raya umum kali ini.

Setiausaha Kerja DAP, Anthony Loke memberitau the Star, ROS masih belum memberi sebarang respon sehingga kini.

"Kami beri tempoh sehingga jam 5 petang sebelum keputusan muktamad menggunakan logo PAS untuk semua calon DAP di Semenanjung dan logo PKR untuk semua calon kami di Sabah dan Sarawak diambil," ujarnya lagi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng lewat malam semalam memberitahu para pemberita, parti itu telah mendapat persetujuan PAS dan PKR untuk menggunakan logo mereka seandainya perlu.

DAP perlu membuat keputusan tersebut sebelum penamaan calon pada Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain