suria

Manifesto BN Johor 'Mensejahtera Rakyat'

JOHOR BAHARU: Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang membawa slogan 'Mensejahterakan Rakyat' dilancar oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Abdul Ghani bersama rakan Barisan Nasional berikrar untuk terus melaksanakan 20 intipati yang terkandung dalam Manifesto itu pada majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) dan Pelancaran Manifesto BN, di sebuah hotel di sini Selasa.

Antara janji BN dalam manifesto itu ialah meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik; membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pendapatan; memperkasakan masyarakat berilmu dan bermodal insan; menjamin keselamatan dan kesejahteraan kejiranan; dan memperkukuh dan mengembangkan syiar Islam.

BN juga berikrar untuk membina dan menaiktaraf jalan utama dan jalan kampung; mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat; memacu pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan; mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan; menggalakkan lagi perusahaan kecil dan sederhana;

Mempelbagaikan struktur ekonomi dalam bidang baharu; menaiktaraf sistem tebatan banjir; Membangunkan pengangkutan awam di bandar dan di pekan; memperbaiki kualiti hidup di bandar; dan memastikan perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkesan. - BERNAMA

Artikel Lain