suria

PRU-13: Pengundian Boleh Diadakan Pada Hari Bekerja – Pengerusi SPR

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof
 Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan pada hari bekerja, walaupun kelazimannya diadakan pada hujung minggu.

"Pengundian boleh diadakan pada mana-mana hari, tetapi SPR perlu menimbangkan banyak faktor sebelum memutuskan tarikhnya," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, SPR tidak mahu hari pengundian diadakan pada hari yang berbetulan ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Ia juga akan memeriksa dengan Jabatan Meteorologi mengenai ramalan cuaca sebelum memutuskan tarikh pengundian, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan asing mengenai pilihan raya umum akan datang.

SPR mengumumkan akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk memutuskan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian bagi PRU-13.

Artikel Berikut

Artikel Lain