Pemimpin Pembangkang Tidak Pertahan Kerusi Kerana Takut Ditolak - Abdullah - Semasa | mStar

Pemimpin Pembangkang Tidak Pertahan Kerusi Kerana Takut Ditolak - Abdullah

KEPALA BATAS: Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang untuk tidak mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana bimbang ditolak oleh pengundi di kawasan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata kecenderungan para pemimpin pembangkang melompat kerusi menunjukkan mereka gagal memberi khidmat kepada pengundi dan membawa pembangunan di kawasan yang diwakili mereka.

"Seandainya mereka ini aktif di kawasan seperti wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sudah pasti akan terus pertahankan kerusi yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Program Baiki Rumah oleh Giat Mara di Pokok Jenerih, di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kit Siang, yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur, di Perak, mahu bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata rakyat perlu sedar tentang perkara itu dan membuat keputusan yang sewajarnya kerana pasti ada sebab mengapa pemimpin pembangkang enggan mempertahankan kerusi mereka.

Beliau meminta rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan BN kerana terbukti mereka menjaga kebajikan rakyat menerusi pelbagai program transformasi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain