suria

Sultan Ibrahim Perkenan DUN Johor Dibubar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memberi perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Speaker DUN Datuk Mohd Ali Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil telah mengadap Sultan Ibrahim pada awal pagi Khamis di Mersing.

Satu pengumuman rasmi mengenai pembubaran akan dibuat pada Khamis.

Pembubaran DUN Johor secara automatik akan berlaku pada 21 April.

Di KEDAH, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan mengadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada pukul 10 pagi Khamis.

Artikel Berikut

Artikel Lain