suria

PRU13: Pembubaran DUN N.Sembilan Tidak Beri Kesan Pada BN - Dr M

LANGKAWI: Tun Mahathir Mohamad yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang terbubar secara automatik sejak tengah malam Rabu tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum membubarkan Parlimen.

DUN Negeri Sembilan telah mencapai tempoh mandat lima tahun pada Rabu.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian ketika menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PWN Excellence Sdn Bhd dengan Weststar Aviation Services Sdn Bhd di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2013 (LIMA2013) di sini pada Khamis.

Artikel Lain