suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

21 Wanita Warga Asing Ditahan Terbabit Aktiviti Tidak Bermoral

BUTTERWORTH: Seramai 21 pelayan pelanggan (GRO) warga China ditahan di sebuah restoran di Bagan Ajam malam Selasa.

Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Johari Kadir Mydin yang mengetuai operasi itu berkata pemilik premis berkenaan yang berusia lingkungan 40-an turut ditahan.

Beliau berkata tiga orang daripada GRO berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya didapati menyalahgunakan pas lawatan.

Dua daripada mereka adalah penuntut kolej swasta.

Beliau berkata premis berkenaan pernah diserbu sebanyak empat kali tahun lepas.

Johari berkata ketika serbuan, premis berkenaan dipenuhi pelanggan yang turut bertempiaran lari apabila menyedari kedatangan pihak berkuasa. -BERNAMA

Artikel Lain