Parlimen Terbubar Sendiri Boleh Dijadikan Amalan - Mohamad Hasan - Semasa | mStar

Parlimen Terbubar Sendiri Boleh Dijadikan Amalan - Mohamad Hasan

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada Khamis.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada Khamis.

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif terutama dari segi pembangunan negara.

Ini kerana katanya, kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini khususnya.

"Pada saya cakap-cakap pasal pilihan raya ini tidak baik kerana pelabur asing dan dalam negara akan mengambil langkah tunggu dan lihat (sebelum buat [pelaburan) dan ini tidak baik kepada ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini pada Rabu.

Katanya langkah melambatkan pembubaran Parlimen atau membiarkannya terbubar sendiri juga membolehkan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tempoh lima tahun itu untuk membangunkan negara tanpa diganggu oleh perkara lain.

"Kalau memerintah tiga, empat tahun sudah cakap pasal pilihan raya, pening kepala, tak boleh buat kerja," katanya.

Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pula merupakan DUN pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam Khamis.

Sementara itu, Mohamad berkata beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi memaklumkan DUN akan terbubar secara sendiri pada Khamis dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.

Katanya kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.

Mengenai prestasi kerajaan negeri, Mohamad berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi semua anggota exco dan jabatan peringkat negeri sepanjang lima tahun meneraju negeri.

Katanya banyak pencapaian memberangsangkan telah dinikmati dengan keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dan Dasar Pembangunan Ekonomi.

"Dasar-dasar ini telah banyak memberi faedah kepada rakyat dan kita akan sambung dasar-dasar ini jika kerajaan Barisan Nasional terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri pada penggal ke-13 nanti," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain