Anggota Keluarga Dakwa Tidak Tahu Kegiatan Mat Bom Bersama Pengganas - Semasa | mStar

Anggota Keluarga Dakwa Tidak Tahu Kegiatan Mat Bom Bersama Pengganas

LAHAD DATU: Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai 'Mat Bom', mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.

Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa beliau dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

"Kami tahu polis cari ahli keluarga Mat Bom. Kami dengar dari cerita orang kampung yang Mat Bom ini dikehendaki, tapi kami langsung tidak tahu apa-apa mengenai aktivitinya," katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17.

Wanita itu dan ibunya yang mendakwa ditahan pasukan keselamatan sejak 20 hari lepas, telah dibebaskan dan dibawa ke pusat itu pada Isnin.

Mat Bom dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu dengan menyebarkan risalah menghasut penduduk Sabah berketurunan Sulu supaya menyertai mereka dalam kegiatan menentang negara.

Mat Bom, seorang warga emas bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba memasuki pusat penempatan Embara Budi itu pada 8 Mac lepas dengan menyamar sebagai penduduk kampung.

Menurut penduduk kampung, gelaran Mat Bom diberi kepada pengganas itu kerana suka mengugut orang kampung dengan ugutan bom jika ingkar atau cuba melawannya.

Sementara itu, seorang cucu Mat Bom berkata apa yang berlaku melibatkan kegiatan Mat Bom tiada kena mengena dengan anggota keluarga yang lain.

"Polis datang cari kami dan bawa kami ke Lahad Datu untuk ditahan. Kami bagi tahu yang kami tiada kaitan walaupun kami ahli keluarga.

"Kami sudah lama tidak ke Kampung Tanduo kerana tinggal di Kampung Tanjung Labian. Kami tidak tahu yang Mat Bom terlibat dengan pengganas," katanya.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi isteri Mat Bom gagal kerana difahamkan wanita itu kurang fasih berbahasa Melayu dan keadaannya uzur.

Anggota keluarga Mat Bom lain yang kebanyakannya wanita itu kelihatan takut dan enggan ditemuramah selain masalah komunikasi dan bahasa pertuturan.

Sementara itu, menurut seorang anggota pasukan keselamatan yang berada di pusat penempatan itu, keluarga Mat Bom dijangka diasingkan daripada penduduk lain untuk tujuan keselamatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain