suria

PM Janji Bawa Lebih Banyak Pembangunan Kepada Kelantan Jika Diberi Mandat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan sentiasa berusaha membawa lebih banyak pembangunan ke Kelantan jika diberi mandat untuk mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan sememangnya telah lama menantikan pembangunan di negeri itu. "Saya yakin, rakyat Kelantan telah lama ternanti-nanti untuk melihat lebih banyak pembangunan di negeri mereka," kata Najib dalam akaun Facebooknya.

Selain itu, Najib juga menyatakan kegembiraannya kerana lawatan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pagi tadi mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lebih 45,000 orang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di MRSM Kuala Krai itu yang merupakan satu daripada program Perdana Menteri sempena lawatan kerja sehari ke Kelantan. -BERNAMA

Artikel Lain