suria

Lulus BI: Guru Perlu Masa Lima Tahun

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima tahun diperlukan untuk melatih kira-kira 60,000 guru bagi merealisasikan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Pada masa ini 5,000 orang guru telah dilatih dan kerajaan akan merekrut seramai lebih 9,000 lagi guru-guru Bahasa Inggeris," kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kepada pemberita selepas melancarkan program pertandingan Star NiE di sini, Selasa.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Bahasa Inggeris akan dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM apabila guru dan pelajar bersedia.

Muhyiddin berkata persediaan, ibu bapa, guru dan pelajar mesti bekerja bersama-sama untuk meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain