Ulama Sertai Politik Untuk Kepentingan Singkat Tidak Patut Diberi Sokongan - Hasan Ali - Semasa | mStar

Ulama Sertai Politik Untuk Kepentingan Singkat Tidak Patut Diberi Sokongan - Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada Selasa mengingatkan umat Islam tidak menyokong ulama popular yang menceburi dunia politik semata-mata untuk meraih keuntungan terdekat.

"Begitu juga sekiranya kehadiran mereka hanya untuk dijadikan alat oleh sesetengah pimpinan parti politik untuk mengaburi mata rakyat dengan tujuan membersihkan imej pemimpin yang sudah tercalar moral dan akhlak mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Hasan, yang juga presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), sebuah badan bukan kerajaan, berharap para ulama popular ini tidak dengan begitu mudah mengkhianati ilmu dan amalan mereka sebagai ulama.

"Mereka perlu menghindarkan diri daripada fitnah yang mungkin dilontarkan kepada mereka sebagai ulama, yang sudah tentu pada analisa akhirnya menatijahkan sesuatu yang negatif terhadap Islam itu sendiri," katanya.

Mengenai dirinya, Hasan berkata beliau menyertai PAS atas dorongan untuk mendaulatkan Islam, melaksanakan negara Islam dan hudud serta membantu masyarakat berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.

"Buat seketika jalan ke arah itu kelihatan terbuka luas sehinggalah PAS menyertai Pakatan Rakyat yang telah mengubah hala tuju dan rangka kerja parti Islam itu.

"Parti itu tidak lagi menjulang Negara Islam, sebaliknya atas desakan DAP dan PKR diganti dengan Negara Berkebajikan," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu.

Hasan berharap para ulama popular ini, tidak kira parti yang mereka pilih, akan menggunakan seluruh kekuatan minda, intelek, spiritual dan fizikal mereka untuk mengagungkan Allah SWT, dan tidak ada tujuan lain selain tujuan murni ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain