Pakatan Rakyat Umum Manifesto Pilihan Raya Isnin Depan - Semasa | mStar

Pakatan Rakyat Umum Manifesto Pilihan Raya Isnin Depan

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifesto pilihan raya mereka Isnin depan, di mana pakatan pembangkang itu dijangka memberi tumpuan kepada perpaduan dan kesatuan mereka. Manifesto itu akan meneruskan janji untuk membentuk negara berkebajikan, seperti yang telah dipersetujui oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dan beberapa pendekatan bagi membantu golongan miskin.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata manifesto dan kempen serta slogan pilihan raya mereka akan diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam.

"Pelancaran itu akan menjadi testimony kepada pengundi bahawa pakatan masih lagi lagi kuat untuk menghadapi pilihan raya disebalik cabaran yang dilontarkan oleh pesaing politik kami," katanya.

Saifuddin berkata persiapan untuk menyiapkan manifesto Pakatan kali ini lebih mudah kerana semua parti mempunyai perjanjian persefahaman dalam isu berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam dan bahasa kebangsaan. Beliau berkata Buku Jingga merupakan dokumen terperinci mengenai rancangan yang akan dilaksanakan 100 hari pertama jika mereka memerintah, dan manifesto tersebut merupakan garis panduan apa yang akan dilakukan dalam tempoh lima tahun sekiranya pembangkang mendapat mandat.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata langkah awal Pakatan mengumumkan manifesto mereka membolehkan mesej dapat disebarkan secara cepat kepada rakyat terutamanya melalui media sosial.

"Kami tidak mengumumkannya terlalu awal. Sebaliknya, masanya telah tiba kerana pilihan raya akan berlangsung bila-bila masa sahaja.

"Melancarkannya sekarang memberikan lebih banyak masa kepada kami untuk memberi penerangan mengenai janji-janji dalam manifesto," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp