suria

Ceroboh: Tentera & Polis Filipina Pantau, Tukar Maklumat

KUALA LUMPUR: Tentera dan pihak berkuasa polis Filipina telah memantau dan bertukar maklumat dengan rakan sejawat dari Malaysia berhubung laporan kehadiran individu yang mencurigakan berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Filipina di Malaysia Johann Veronica M. Andal berkata Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah mengarahkan Atase Polis Kol Charlo Collado pergi ke Lahad Datu secepat mungkin dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan, serta mengesahkan identiti individu terlibat.

"Kerajaan Filipina memandang serius pergerakan kumpulan bersenjata yang tidak mendapat kebenaran, menimbulkan gangguan terhadap masyarakat tempatan dan akan bekerjasama dengan negara jiran untuk menangani masalah itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama pada Khamis.

Semalam, pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina itu sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Artikel Berikut

Artikel Lain