suria

Saman Trafik AES Sah - Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan terhapus walaupun menerusi prosiding mahkamah untuk pendengaran kes mereka dibekukan.

Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berkata, saman-saman yang telah dikeluarkan sehingga kini dijamin sah.

“Saya perlu mengulangi bahawa saman-saman itu adalah sah. Tetapi saya tidak mahu membenarkan pendakwaan kerana saya mahu semua isu (berkaitan dengan AES) diselesaikan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di persidangan Transformasi Undang-Undang dan Hak Asasi di sini, Rabu.

Gani berkata, jabatannya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan prosedur ditetapkan sebelum prosiding mahkamah dimulakan.

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk membekukan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman-saman yang dikeluarkan di bawah AES selepas mendapat perhatian perundangan yang dibangkitkan oleh beberapa pihak.

Artikel Lain