suria

Sembilan Tahanan Lolos Selepas Pukul Polis

BUTTERWORTH: Sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini, meloloskan diri dengan melarikan van polis dalam kejadian pukul 9.30 pagi Isnin.

Dalam kejadian berhampiran Pantai Bersih, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) itu, mereka turut melarikan dua anggota polis pengiring sementara dua lagi iaitu pemandu dan yang duduk di sebelah pemandu dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Menurut jurucakap polis, seorang tahanan dipercayai bertindak memukul anggota polis yang memandu van itu dari arah belakang, memaksanya berhenti di tepi jalan.

"...pemandu dan yang duduk di sebelah pemandu kemudian ditolak keluar daripada van itu sebelum seorang tahanan yang dipercayai garinya telah terbuka bertindak memandu van tersebut dan membawa dua lagi anggota polis yang duduk di belakang," katanya kepada pemberita.

Polis menemui van itu ditinggalkan di Padang Cempedak, iaitu kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, katanya menambah polis kini menjejaki sembilan tahanan dan dua anggota polis yang dilarikan berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain