Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat Laoan Kuarters Hospital - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat Laoan Kuarters Hospital

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati setelah terjatuh dari tingkat lapan Blok Cemara 2, Flat Kuarters Hospital Permai, di sini Jumaat.

Kanak-kanak itu, D. Dinesh Kumar, anak sulung daripada tiga beradik, ditemui mati di lantai bangunan 15 tingkat itu dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam.

Bapa kanak-kanak itu, B. Devakumar, 22, berkata ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar membeli barangan keperluan dapur sementara isterinya V. Jayaturka, 22, pula sedang mandi.

Katanya, ketika kejadian Dinesh sedang bermain dengan dua adiknya di salah sebuah bilik.

"Sekembalinya dari kedai, saya lihat orang ramai berkumpul dan pada mulanya saya menyangkakan ada budak terjatuh ketika bermain di tingkat bawah.

"Bagaimanapun selepas menghampirinya, saya terkejut apabila melihat mangsa adalah anak saya dan ada saksi melihatnya terjatuh dari tingkat lapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah di sini, Sabtu.

Menurutnya, saksi mendakwa ada melihat Dinesh duduk di tepi tingkap yang tidak mempunyai jeriji itu, dengan separuh badannya tergantung di luar tingkap.

"Orang ini telah menjerit supaya Dinesh untuk kembali ke dalam bilik, tetapi ia sudah terlambat," katanya.

Devakumar yang bekerja sebagai penyelia penyelia tukang cuci di Singapura, membuat laporan di Balai Polis Tampoi pada 11.44 malam Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Namun kita akan tunggu laporan penuh bedah siasat bagi memastikan sama ada terdapat unsur-unsur kecuaian ibu bapa," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain