PM Lebih Suka Turun Padang Dekati & Dengar Masalah Rakyat - Semasa | mStar

PM Lebih Suka Turun Padang Dekati & Dengar Masalah Rakyat

KUALA LUMPUR: Meskipun media sosial menyediakan pelbagai kemudahan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata interaksi bersemuka membolehkan beliau mendekati rakyat Malaysia dan menterjemahkannya kepada inisiatif yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata komunikasi dalam talian tidak mampu mengganti pengukuhan hubungan interpersonal menerusi perlakuan berjabat tangan manakala laporan yang diterima juga tidak boleh mengatasi pengalaman melihat sendiri situasi dan kehidupan harian rakyat. "Meskipun media sosial mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini, namun saya masih beranggapan perlunya untuk saya turun padang dan bertemu dengan rakyat secara peribadi. Dengan kenyataan itu, mungkin anda akan menganggap saya sebagai seorang yang sangat tradisional, tetapi pada saya, dalam beberapa perkara lebih baik jika ia dilakukan secara bersua muka," katanya menerusi laman blog 1Malaysia.

Berkongsi pandangan bagi topik 'Menggabungkan Teknologi Dan Komitmen Untuk Mencapai Prestasi Cemerlang', Najib berkata: "Saya lebih gemar mendengar sendiri daripada ahli perniagaan sehinggalah kepada suri rumah berhubung masalah kesihatan mahupun berkaitan kos sara hidup yang semakin meningkat."

Beliau berkata semua masalah yang diceritakan itu akan disampaikan kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan sewajarnya dalam usaha mengubah dan menyediakan inisiatif bagi kehidupan yang lebih baik.

Najib berkata ini sekaligus menunjukkan bahawa mendengar denyut nadi rakyat sangat membantu kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian terbaik. "Sebagai contoh, selepas mendengar keluhan makcik-makcik mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat, dan bagi memastikan semua rakyat berkemampuan mendapat rawatan perubatan, Klinik 1Malaysia pula diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Najib mengakui dengan pelbagai medium media sosial hari ini, beliau mampu melakukan banyak perkara, daripada mendapatkan maklum balas berhubung belanjawan negara pada tahun depan hinggalah kepada menerangkan kepada rakyat Malaysia berkaitan dasar baharu yang diperkenal kerajaan, selain dapat menghantar perkembangan terkini di mana mana sahaja.

"Teknologi telah membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi, dan ia sekaligus membolehkan kita untuk terus membangunkan negara. Tetapi ia memerlukan komitmen dan semangat dedikasi untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang," katanya.

Najib juga berkata kerajaan Barisan Nasional selama ini bekerja keras untuk menepati setiap janji yang telah memberi manfaat kepada setiap rakyat, dan rekod cemerlang itu akan diteruskan agar satu keputusan yang mampu memberi manfaat terbaik untuk rakyat dapat dihasilkan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Tahan 14 Suspek Pergaduhan di Setapak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain